Tuesday, 23 May 2017

8 Tips Atasi Masalah Kulit Kering


Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua orang terutamanya wanita. Pastinya kita ingin kelihatan cantik dan berseri di khalayak ramai. Kulit bermasalah seperti kulit kering, mengelupas, kusam dan berjerawat menyebabkan kita akan berasa rasa diri apabila berada di khalayak ramai.

Dehidrasi adalah salah satu punca berlakunya masalah kulit. Penjagaan luar dan dalam diperlukan bagi mengatasi masalah dehidrasi.

Berikut adalah beberapa tip bagi mengatasi masalah dehidrasi.

1. Air

Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jika cuaca panas, kita digalakkan mengambil lebih dari itu. Sekiranya badan kita kekurangan air, tubuh kita akan mengalami dehidrasi.

Pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi juga boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, kita digalakkan mengurangkan pengambilan minuman berkafein pada cuaca panas.

2. Makanan Berserat

Lebihkan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan makanan yang berkanji, makanan yang terlalu manis, makanan ringan, dan makanan bergoreng secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Alkohol dan Rokok

Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.


Baca: Tips Awet Muda


4. Penghawa  Dingin

Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Cuci Muka

Cuci muka anda dengan pencuci yang bersesuaian dengan kulit anda dua kali sehari. Jika anda mencuci muka terlalu kerap, kulit muka anda akan menyebabkan kulit anda bertambah kering.

6. Analisa Jenis Kulit

Anda prlu mengetahui jenis masalah kulit anda sama ada kulit jenis berminyak kering atau pun normal. Ini akan membantu anda memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian dengan kulit anda.

7. Tidur Yang Cukup

Cuba dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam. Bagi orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara 6 hingga 8 jam sehari. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Keringkan Muka

Tekapkan kulit muka menggunakan tuala yang kering dan bersih secara perlahan-lahan apabila sudah selesai membersihkan wajah. Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.


Baca: Tips Atasi Masalah Kulit Berminyak 





No comments:

Post a Comment