Sunday, 16 April 2017

Tanda-tanda hendak bersalin

Tanda-tanda hendak bersalin

Bagaimana saya tahu saya berada dalam proses pelahiran?

Soalan di atas adalah soalan yang sering bermain di minda ibu yang sedang hamil.

Tanda-tanda hendak bersalin bagi setiap ibu hamil adalah berbeza. Walaupun seorang ibu hamil itu telah melalui beberapa kelahiran sebelum ini, tanda-tanda bahawa dia akan melahirkan anak tetap berbeza.

Tanda-tanda Awal Ibu Menghampiri Proses Pelahiran 

  • Berasa ringan (apabila kepala bayi mula jatuh ke dalam posisi di dalam pelvis), kita mungkin sedar kita dapat bernafas lebih dalam dan makan lebih banyak, tetapi kita juga lebih kerap membuang air kecil. 
  • Lelehan faraj menjadi banyak dan penuh dengan mukus. 
  • Kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih kerap dan lebih sakit. 
  • Muntah dan cirit-birit.
  • Sakit berterusan pada bahagian bawah belakang atau abdominal, selalunya disertai rasa kejang seperti di awal kedatangan haid. 
  • Keluar darah (keperangan atau lelehan mukus dengan sedikit warna darah). 
  • Sakit kontraksi yang kerap dan makin kurang selang masa, dan lebih panjang serta bertambah sakit. 
  • Air ketuban pecah. Kita hanya dalam proses pelahiran apabila disertai dengan kontraksi yang mengembangkan serviks. 


Bagaimana kita akan rasa pada proses pelahiran bergantung sama ada kita pernah bersalin sebelum ini, bagaimana kita menganggapnya dan memberi tindak balas kepada kesakitan, dan bagaimana kita bersedia menghadapi kesakitan dalam pelahiran ini. 

Apa yang kita lakukan apabila berada pada awal pelahiran bergantung pada bila masa ia terjadi, apa yang kita suka lakukan dan bagaimana kita rasa. 

Kekal tenang dan relaks akan membantu proses bersalin dan juga membantu kita melalui kontraksi dengan jayanya. Jadi buat apa yang kita suka supaya dapat membantu kita kekal relaks. 

Cuba relaks

Berehat bukan bermaksud untuk baring dan tidur sahaja. Tetapi ia boleh membawa maksud menonton filem kegemaran, membaca, atau meminta kawan atau saudara datang dan menemani kita beberapa jam.

Wanita berendam

Kita boleh selang seli antara berjalan dan berehat atau cuba berendam atau mandi air suam bagi melegakan sebarang rasa lenguh dan sakit. 

No comments:

Post a Comment