Pages

Wednesday, 19 April 2017

Perbezaan Kontraksi Sebenar Dengan Braxton Hicks


Apabila memasuki pertengahan kehamilan, adakalanya kita mungkin sedar akan otot-otot uterus yang mengetat dalam jangka masa 30 hingga 60 saat. Tidak semua ibu hamil merasainya, dan kebiasaannya kontraksi ini tidak menyakitkan.

Nama kontraksi ini didapati daripada seorang doktor Inggeris yang bernama John Braxton Hicks pada tahun 1872, iaitu orang pertama yang menerangkan kejadian ini.

Terdapat pelbagai pendapat tentang berlakunya kontraksi ini dan apa tujuannya yang sebenar. Sesetengah pakar percaya ia memainkan peranan penting bagi serviks bersedia untuk melalui proses kelahiran (juga dipanggil "tunggu waktu matang").

Perbezaan Kontraksi Sebenar Dengan Kontraksi Braxton Hicks.

Kebanyakan ibu hamil buat kali pertama tidak dapat mengenalpasti kontraksi Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar.

Kontraksi sebenar memang ketara lamanya dan lebih kerap serta lebih sakit berbanding kontraksi Braxton Hicks. Selain itu sakit kontraksi sebenar lebih mendesak, lebih kerap dan kekuatannya bertambah selari dengan masa.

Manakala bagi kontraksi Braxton Hicks pula ia datang sekali sekala, selalunya tidak dapat dijangka dan tidak berirama.

Sekiranya kontraksi kita menjadi lebih panjang, lebih kuat, lebih tetap dan lebih kerap, mungkin proses untuk kita melahirkan anak sudah bermula.

Doktor dan jururawat mungkin sudah memberitahu kita tentang apa yang perlu dilakukan pada tahap ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada sebarang keraguan adalah lebih baik kita menghubungi mereka atau terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Baca: Tanda-tanda Anda Hendak Bersalin 

No comments:

Post a Comment