Saturday, 22 April 2017

Dr. Hamid Arshat - Punca-Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Dr Hamid Arshat

Dalam hidup seseorang wanita, tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu atau tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil adalah 'Adakah aku hamil?'

1. Kehamilan.

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana-mana kedai farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.


Ultrasound

Buat pemeriksaan ultrasound; sebaiknya vaginal scan (TVS) untuk beberapa tujuan iaitu
  • Mengesahkan kehamilan
  • Untuk kesan jantung bayi dan 
  • Untuk menentukan kandungan dalam rahim bukan diluar (ectopic).


2. Gangguan hormon.

Gangguan hormon boleh juga menyebabkan lambat datang haid. Di antara punca eseorang wanita itu mengalami gangguan hormon adalah disebabkan stress.

Stress ini mungkin disebabkan masalah di tempat kerja, kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan, ketika memandu kereta di jalan raya, dan sebagainya. Hormon stress boleh mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid dan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur.

Baca: Langkah mudah mengatasi stress atau tekanan

3. Berat badan berlebihan

Gangguan hormon juga boleh berpunca dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal.




Makanan segera dan makanan ringan yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan-makanan tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakan makanan-makanan tersebut juga mengandungi banyak karbohidrat dan gula yang mudah menyebabkan masalah kegemukkan dan obesiti.

Jauhi makanan-makanan tersebut jika anda ingin hamil dan gantikan dengan makan lebih banyak buah-buhan dan sayur-sayuran.

4. Perimenopause

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telur tidak menetas atau ovulasi. Tiada ovulasi bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Baca: Gejala menopause dan perimenopause

5. Polycystic ovary syndrome.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan oleh penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku adalah 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Baca: Apa itu PCOS dan bagaimana mengatasi PCOS?

6. Penyusuan (breast feeding)

Apabila menyusukan bayi perubahan dalam kandungan hormon berlaku. Hormon susu digelar prolactin meningkat dan ini menyebabkan gangguan dalam kawalan dan putaran haid. Kesannya tiada datang atau jarang datang haid.




Ketika menyusukan bayi kesuburan seseorang wanita juga terganggu, sekaligus dapat mencegah kehamilan berlaku. Tapi ada juga yang terus hamil tanpa disedari.

7. Berbagai penyakit.

Lain-lain penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovari juga menjadi punca berlakunya masalah kitaran haid tidak teratur. Oleh itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.



Credit: FB Dr Hamid Arsyat

No comments:

Post a Comment