Friday, 7 April 2017

Doa dan Amalan Orang Kaya Agar Rezeki Melimpah Ruah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda doa dan amalan agar murah rezeki.

Amalan murah rezeki surah Al-imran ayat 26-27

Amalan murah rezeki surah Al-imran ayat 26-27


Dalam beberapa pendapat ulama dinyatakan bahawa amalan dan doa ini amat baik sekali digunakan apabila mempunyai keinginan untuk memperoleh rezeki atau harta.

Bahkan dalam kajian yang pernah dilakukan, amalan dan doa yang dipercayai berasal dari Sayyid Ali Akbar at-Tabrizi ini banyak diamalkan oleh orang yang mempunyai harta melimpah.

Dalam kitab Mujarrabat Imamiyah ms. 141, dinyatakan bahawa amalan dan doa ini banyak diamalkan oleh para golongan mukminin sejak dahulu sehingga sekarang ini.

Maknanya bagi orang Islam, amalan dan doa ini merupakan amalan yang tidak asing lagi, apalagi mereka yang mahu hidup dengan harta yang melimpah ruah.

Meskipun demikian terdapat beberapa syarat umum yang perlu dipenuhi apabila anda mahu melakukan amalan dan doa ini.

Syarat umum yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut :

  • Perlu yakin bahawa sesuatu yang dilakukan akan berjaya. 
  • Perlu dilakukan dengan rutin dan istiqamah. 
  • Perlu mengamalkannya mengikut petunjuk aturan yang sudah ditentukan. 
  • Menghindari segala maksiat atau segala perkara yang dilarang oleh Allah s.w.t. 
  • Banyak melakukan ibadah sunat yang lain. 
  • Berbuat baik kepada orang lain. 

Cara mengamalkan adalah seperti berikut :
  • Doa tersebut dibaca sebanyak 40 kali. 
  • Setiap kali selesai membaca doa tersebut hendaklah membaca Ya Allah sebanyak 3 kali. 
  • Diamalkan selama 40 hari. 
  • Setelah itu hendaklah membaca doa berikut :


"Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Engkaulah Allah, tiada Tuhan kecuali Engkau Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Mu. Terlalu Agung Engkau untuk mempunyai anak, terlalu tinggi Engkau untuk memiliki sekutu, terlalu besar Engkau untuk mempunyai menteri. Ya Allah, ya Allah, ya Allah, tunaikan keinginanku dengan hak Muhammad dan keluarga Muhammad. Semoga semua selawat-Mu sentiasa dilimpahkan kepadanya dan kepada mereka semua."

Semoga dengan amalan ini kita memperoleh kemudahan dalam mencari rezeki. 



1 comment:

  1. Doa dan amalan orang kaya agar rezeki melimpah ruah

    ReplyDelete