Wednesday, 5 April 2017

10 Tips Atasi Masalah Pedih Hulu Hati Semasa Hamil



Pedih hulu hati adalah masalah biasa semasa hamil. Ia memberi rasa seakan-akan 'membakar' yang selalunya berlanjutan dari bawah kerongkong hingga ke hujung tulang dada.

Ia disebabkan oleh hormon progesteron yang merehatkan injap di atas perut lalu membenarkan sedikit asid perut meluap dan naik ke atas.

Tips Atasi Masalah Pedih Hulu Hati

  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. 
  • Elak makanan pedas, coklat, buah-buahan citrus, alkohol dan kopi. 
  • Makan dengan perlahan-lahan. 
  • Jangan selang seli minum air ketika sedang makan. 
  • Pakai pakaian yang longgar dan selesa. 
  • Berhenti sekiranya merokok. 
  • Kekal dalam postur menegak, khususnya semasa dan selepas makan. 
  • Jangan minum atau makan apa-apa dalam masa 3 jam sebelum tidur. 
  • Tidur dalam posisi menegak. 


Sekiranya anda mempunyai lain-lain tips atau cara mengatasi masalah pedih hulu hati semasa hamil boleh la kongsikan di ruangan komen yer. 

Terima kasih. 




1 comment:

  1. 10 tips atasi masalah pedih hulu hati semasa hamil

    ReplyDelete