Pages

Saturday, 4 March 2017

Bagaimana Supplement Minyak Ikan Membantu Menurunkan Berat Badan

Adakah anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan? Atau dalam erti kata lain nak kurus?

Jika Ya.. Teruskan membaca.

Saya yakin majoriti daripada anda pernah mendengar istilah lemak tepu dan lemak tidak tipu.

Lemak tepu tidak baik dan lemak tidak tepu adalah baik?

Ya, betul!

Terdapat 2 jenis lemak tidak tepu, mono tidak tepu dan poli tidak tepu yang dipanggil "asid lemak perlu". Asid lemak perlu adalah linoleik dan asid alfa linolenik atau dengan kata lain Omega 6 dan Omega 3. Asid ini tidak boleh disintesis dalam badan, tetapi ia boleh diperoleh melalui pemakanan.

Entri kali ini saya ingin berkongsi maklumat kepada anda mengapa anda harus mengambil minyak ikan yang mengandungi Omega 3 bagi membantu anda untuk kurus.


Selain untuk menurunkan berat badan, Omega 3 sangat membantu memperbaiki taraf kesihatan badan kita. Dengan mengambil Omega 3, tahap kolestrol jahat (LDL) dapat dikurangkan manakala tahap kolestrol baik (HDL) dapat ditingkatkan.

Sumber Omega 3

Anda boleh mendapatkan sumber Omega 3 anda melalui sardin, trout, mackerel, dan salmon. Bukan itu sahaja, kacang soya dan kekacang juga merupakan sumber Omega 3 yang baik.

Walau bagaimanapun membeli ikan dan sumber-sumber lain sering dikaitkan dengan faktor kemampuan. Almaklumlah sekarang ini sardin dalam tin pun mahal.

Anda juga boleh mengambil kapsul minyak ikan yang terdapat di pasaran seperti Omega Guard Shaklee bagi mendapatkan sumber Omega 3 anda.

Bagaimana asid lemak omega 3 dapat membantu menurunkan berat badan?

Terdapat 4 cara bagaimana asid lemak Omega 3 membantu anda untuk kurus.

1. Asid lemak Omega 3 membantu anda membakar lemak berlebihan dan membina otot.

Omega 3 boleh meningkatkan aliran darah ke otot anda semasa anda melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, workout mahupun mengemas rumah.

Omega 3 juga membolehkan lebih banyak oksigen dapat dihantar supaya lebih banyak lemak boleh dipecahkan dan digunakan sebagai bahan api.


2. Asid lemak Omega 3 mengurangkan selera makan

Jika anda mahu kekal kenyang lebih lama antara waktu makan, pengambilan beberapa kapsul minyak ikan selepas anda makan boleh membantu.

Dalam satu kajian, wanita yang mengambil kapsul minyak ikan akan berasa kenyang lebih lama selepas mereka makan. Ini membuatkan mereka mengambil kurang makanan pada keseluruhannya.

Dari masa ke semasa, berat badan anda akan turun tanpa perlu mengamalkan diet yang ketat sehingga terpaksa menahan lapar.

Jika anda mengalami masalah ketagihan gula, pengambilan minyak ikan juga dapat membantu mengatasi masalah ini.

3. Asid lemak Omega 3 menjadikan diet anda dan program aktiviti fizikal (workout) anda lebih efektif.

Bukan sahaja membantu membakar lemak dan membina otot, Omega 3 juga berupaya meningkatkan stamina dan boleh mempercepatkan proses pemulihan selepas bersenam.

Omega 3 mempunyai beberapa ciri-ciri anti-radang yang boleh mengurangkan keradangan dan mencegah keletihan.

4. Minyak ikan membantu mengurangkan lemak dalam badan.

Satu kajian menunjukkan bahawa supplement minyak ikan boleh mengurangkan risiko bahawa makanan yang anda makan akan disimpan sebagai lemak.

Ini kerana minyak ikan berupaya meningkatkan sensitiviti insulin. Memelihara sel-sel badan anda sensitif kepada insulin adalah kunci untuk mengurangkan berat badan dan kekal sihat dan bertenaga.


Perkara Tambahan Bagi Menjayakan Misi Turunkan Berat Badan. 

  1. Minum air kosong 3 liter sehari 
  2. Jaga kalori makanan. 
  3. Elakkan makanan proses dan makanan segera.
  4. Kurangkan makanan dan minuman manis 
  5. Lakukan senaman atau aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3-5 kali seminggu dan 30 minit setiap sesi. 





No comments:

Post a Comment