Friday, 17 February 2017

7 Tip Awet Muda


Seseorang akan rasa bangga jika orang menyangka bahawa umur mereka lebih muda daripada usia sebenarnya. Berbanding lelaki, wanita lebih menonjol untuk kelihatan muda.

Kedutan dan garis halus pada wajah adalah masalah yang biasa kita kaitkan dengan proses penuaan. Apabila umur meningkat maka kolagen dan elastin di bawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus. Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. pendedahan kepada cahaya matahari dan merokok boleh menjadikan kulit menjadi lebih cepat tua dan mudah berkedut.

Bagi mengekalkan kulit awet muda, terdapat beberapa petua yang boleh diamalkan.


1. Jangan Keluar  Waktu Ini




Elakkan terdedah kepada cahaya matahari di antara pukul 10 pagi hingga 3 petang waktu Malaysia. Pada waktu ini sinaran ultra ungu berada pada tahap maksimum. Sinaran ultra ungu tetap member kesan kepada kulit pada waktu ini walaupun menggunakan krim pelindung matahari, topi, payung, atau sebagainya.

Sinaran ultraungu (UV) daripada cahaya matahari akan merosakkan kulit dan menyebabkan masalah jeragat dan menjadikan kulit cepat berkedut. Oleh itu, perlindungan daripada cahaya matahari amat penting. Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) 30 atau lebih apabila keluar melakukan aktiviti di tengah panas.

Pengambilan supplement Vitamin E dapat membantu mengatasi masalah seperti ‘sun burn’ akibat terdedah kepada sinaran cahaya matahari. Jadi, bagi anda yang sering melakukan kerja-kerja diluar di waktu ini, pengambilan Vitamin E secara konsisten sangat digalakkan.


2. Kolagen Bukan Sahaja Untuk Kulit


Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin c seperti jambu batu, buah kiwi, oren, sayuran dapat membantu menghasilkan kolagen. JIka anda bukan penggemar sayuran dan buah-buahan, pengambilan supplement vitamin c atau kolagen seperti Collagen Powder Shaklee amat digalakkan.

Selain untuk memperbaiki struktur kulit, kolagen juga membantu:
  • memperbaiki struktur rambut
  • memperbaiki struktur rambut
  • meningkatkan kesihatan sendi
  • mengatasi masalah usus
  • meningkatkan kadar metabolisme
  • menguatkan gigi dan kuku
  • menyingkirkan toksin di dalam badan
  • mengurangkan kesan selulit dan stretch marks


3. Omega 3 Menghalang Kulit Kedut




Ikan amat kaya dengan omega 3. Makanan yang kaya dengan omega 3 boleh membantu mengurangkan masalah tanda-tanda penuaan seperti garis harus, kulit kendur dan pigmentasi. 

Malah, pengambilan omega 3 secara konsisten juga membantu anda untuk kurus. 

Pengambilan pil supplement omega 3 seperti Omega Guard Shaklee juga boleh membantu jika anda kurang gemar makan ikan dan sumber asli omega 3 yang lain.


4. Perhatikan Minuman Anda

Air adalah satu faktor yang penting sama ada untuk kesihatan atau kecantikan. Apabila usia semakin meningkat, kita akan mengalami masalah kekurangan air di dalam badan. Di samping itu, sesetengah daripada kita amat kurang minum air kerana tidak suka membuang air kecil secara kerap.

Suasana yang sejuk di dalam bilik berhawa dingin juga menyebabkan seseorang semakin kurang minum air. Kesannya adalah kulit kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut dan garis halus akan menjadi lebih nyata.




Air yang mencukupi dalam badan membantu dalam pembinaan otot. Otot amat penting bagi memastikan kulit sentiasa anjal dan tegang atau dalam erti kata lain tidak kendur.

Adakah anda penggemar minuman berkafein seperti kopi dan teh? Pengambilan kopi dan teh juga boleh menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Seeloknya, ambil air kosong atau air mineral anggaran 2-3 liter sehari bagi menjaga kelembapan kulit.


5. Sapu Krim Pelembap (moisturizer)



Penggunaan krim pelembap (moisturizer) yang mengandungi vitamin c, kolagen atau minyak chamomile amat baik kerana ia dapat mengelakkan kulit menjadi kering. Kolagen yang terdapat di dalam krim pelembap tidak akan diserap masuk ke dalam kulit kerana molekulnya yang sangat besar, tetapi ia mengekalkan kelembapan luaran.


6. Pentingnya Makanan Antioksidan

Pengambilan makanan yang kaya dengan antioksidan boleh membantu mengurangkan masalah kedutan dan garis halus pada permukaan kulit.


Makanan yang tinggi antioksidan


Antioksidan membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dari sinaran ultra ungu matahari. Semakin meningkat usia dan pendedahan kepada matahari serta pencemaran seperti asap kenderaan dan asap rokok akan meningkatkan tekanan oksidatif kepada kulit yang menyebabkan masalah kedutan kulit dan garis halus serta masalah jeragat.



7. Gaya Hidup Sihat

Selain menjaga pemakanan yang sihat, mengambil supplement, minum air kosong secukupnya, bersenam dan pengurusan stress juga membantu mengekalkan kulit dan wajah anda kelihatan lebih muda. Bersenam juga dapat mengatasi masalah kegemukan. Individu yang berbadan besar akan kelihatan lebih tua berbanding individu yang kurus.




Sekiranya anda kurang gemar bersenam, anda juga boleh melakukan aktiviti fizikal dengan membersihkan rumah, membasuh kereta berkebun atau apa sahaja hobi yang anda gemar lakukan.






No comments:

Post a Comment