Sunday, 19 February 2017

5 Punca Keletihan Melampau Semasa Hamil

Punca Keletihan Melampau Semasa hamil


Keletihan semasa hamil adalah suatu perkara yang biasa. Terdapat segelintir ibu hamil mengalami keletihan di awal kehamilan sahaja. Namun terdapat juga ibu hamil yang mengalami keletihan sehingga akhir kehamilan.

Berikut adalah punca-punca ibu mengalami keletihan semasa kehamilan.


1. Peningkatan Hormon Progesteron

Hormon ini akan meningkatkan perasaan mengantuk pada ibu hamil. Selain itu, tubuh ibu akan mengalami pengeluaran darah disertai dengan penurunan tekanan darah dan kadar gula dalam badan. Ibu akan sering merasa mengantuk dan ia turut menjejaskan tidur ibu kerana sering membuang air kecil.


2. Tenaga Hilang Sepanjang Hari

Terdapat segelintir ibu-ibu mengalami alahan atau disebut sebagai morning sickness berlaku sepanjang hari kepada ibu. Mual dan muntah yang keluar akan turut mengurangkan tenaga ibu dan menjejaskan selera makan. Kurang selera makan menyumbang kepada masalah anemia jika tidak dirawat dengan segera.


3. Perasaan Cemas Buat Ibu Tertekan

Emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi fizikal ibu. Mereka sering berasa tertekan dan cemas. Antaranya bimbang dengan persiapan untuk menjadi ibu, tentang kehamilan dan pembesaran janin. Untuk itu, ibu hamil perlu mengatasi ketakutan ini daripada berlanjutan bimbang akan menyebabkan tekanan.


4. Kurang Zat Besi

Salah satu sebab ibu keletihan mungkin disebabkan masalah Anemia atau kekurangan zat besi. Bagi mengetahui ibu ada mengalami masalah tersebut ataupun tidak, ibu perlu membuat pemeriksaan darah pada trimester pertama, kedua dan ketiga. Anemia boleh menyebabkan keguguran dan pendarahan yang teruk semasa bersalin.


5. Penambahan Beban

Semakin besar usia kandungan, semakin bertambah berat bayi yang dikandung oleh ibu. Rasa sakit pinggang menjadi satu masalah biasa bagi ibu hamil terutama di trimester ketiga. Namun, sakit pinggang yang dialami boleh menyebabkan ibu mengalami keletihan dan tidak selesa.


Tip Untuk Ibu Hamil Untuk Atasi Masalah Keletihan Yang Melampau

  • Cuba jangan berdiri terlalu lama. 
  • Jika terasa seperti mahu pitam, duduk dan letak kepala di antara lutut sehingga anda berasa lebih baik.
  • Sekiranya ingin bangun dari posisi berbaring, mengiring terlebih dahulu dan selepas itu berdirilah dengan perlahan-lahan.
  • Elakkan membiar perut dalam keadaan lapar dalam tempoh yang lama bagi mengelak rasa mual dan muntah.
  • Untuk meredakan muntah, cuba makan biskut, roti bakar atau buah-buahan. Biskut halia atau air halia juga boleh membantu.
  • Jika anda mengalami masalah kurang selera makan, ambil makanan dengan kuantiti yang sedikit tetapi dengan kerap. 
  • Banyakkan minum air kosong. Elakkan mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi.
  • Banyakkan berehat dan jangan melakukan kerja berat atau aktiviti lasak. Dapatkan bantuan dari suami atau keluarga bagi membantu mempermudahkan urusan anda.
  • Dapatkan makanan tambahan seperti supplement yang khas untuk ibu hamil untuk kesihatan ibu dan bayi.
  • Minum segelas susu suam sebelum tidur dapat meningkatkan kualiti tidur ibu selain memnguatkan tulang ibu dan bayi. Pengambilan susu juga membantu ibu mengurangkan stress yang dialami.

Kepada ibu hamil yang sering mengalami keletihan, saya cadangkan anda mengambil Set Kehamilan Shaklee.

Set Kehamilan Shaklee



1. ESP SHAKLEE
  • Membekalkan protein yang baik kepada ibu dan bayi
  • ESP mempunyai indeks glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 sahaja.
  • Makan makanan yang mempunyai G.I yang rendah sangat baik untuk ibu hamil yang menghidapi masalah GDM kerana ia memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.
  • Ibu-ibu akan rasa kenyang lebih lama.
2. VITALEA SHAKLEE (MULTIVITAMIN)
  • Membekalkan nutrisi yang lengkap kepada ibu dan bayi.
  • Mengekalkan tenaga kepada ibu agar lebih cergas dan bertenaga. (GDM menyebabkan ibu-ibu menjadi cepat letih).
3. VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE
  • Membantu menukar makanan kepada tenaga dengan lebih cepat.
  • Penukaran ini penting bagi mengelak makanan bertukar menjadi glukos sekaligus meningkatkan paras gula dalam darah.
4. VITAMIN C PLUS SHAKLEE
  • Membantu mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah. 
  • Mempercepatkan penyembuhan luka. Paras gula yang tinggi dalam badan melambatkan penyembuhan muka.
5. OSTEMATRIX SHAKLEE (KALSIUM)
  • Mengurangkan stress sekaligus dapat mengawal tekanan darah.
  • Mengatasi masalah sembelit.
6. OMEGA GUARD SHAKLEE
  • Mengimbangi tekanan darah 
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Dapatkan dari saya. Pengedar Shaklee anda!




SMS / WHATSAPP ~ 019 - 729 1846


FACEBOOK  HAZWANI AZALI


C.O.D : Sungai Petani, Bertam, Permatang Pauh, Seberang Jaya

PosLaju : Seluruh Malaysia

Disclaimer: Segala testimoni atau penulisan yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnose atau menyembuh sesuatu penyakit. Pesakit yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat pakar kesihatan.


No comments:

Post a Comment