Pages

Tuesday, 18 October 2016

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bagi anda yang sedang hamil, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk mempercepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.



1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.


2. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah di sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awal ­awal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.

Klik sini untuk Cara membuat Air Selusuh


3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu


Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan istighfar dan selawat ke atas nabi.


4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami

Apabila due date dah nak dekat, minta maaf dengan suami dan juga ibu bapa. Minta mereka doakan supaya urusan kita untuk melahirkan dipermudahkan. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua orang. Manalah tahu andai ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, sekurang-kurangnya kita dah sempat minta maaf.


5. Baring mengiring sebelah kiri

Apabila sudah penat berjalan, dan melakukan beberapa pergerakan, semestinya kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.


6. Banyakkan bersujud

Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami.


7. Makan dan minum

Apabila tubuh menerima makanan dan minuman, ia dapat membantu mempercepatkan bukaan rahim. Disamping itu, ia juga memberi tenaga kepada si ibu untuk meneran ketika proses kelahiran nanti.


Anda berminat untuk mendapatkan Set Bersalin Shaklee? Dapatkan dari saya. Pengedar Shaklee anda!


SMS / WHATSAPP ~ 019 - 729 1846


FACEBOOK  HAZWANI AZALI




C.O.D : Sungai Petani, Bertam, Permatang Pauh, Seberang Jaya

PosLaju : Seluruh Malaysia

Disclaimer: Segala testimoni atau penulisan yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnose atau menyembuh sesuatu penyakit. Pesakit yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment