Friday, 5 February 2016

Apa itu PCOS dan bagaimana mengatasi masalah PCOS?



Apakah penyakit polycystic ovarian syndrome (PCOS)?

PCOS juga dikenali sebagai ‘Stein-Levanthal syndrome’. Dianggarkan bahawa 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini. Penyakit ini disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon di dalam badan, di mana terdapat berlebihan hormon lelaki dan insulin di dalam pesakit. Ini boleh mengakibatkan kitaran haid yang tidak teratur disebabkan tiada ovulasi, haid yang berpanjangan dan banyak, kemandulan, obesiti, pengangguan metabolisme gula dan kolesterol. Para doktor masih tidak dapat memastikan apakah punca sebenar PCOS ini tetapi mungkin penyakit ini adalah kait-paut dengan genetik.


Simptom-simptom PCOS
  • tumbuh bulu yang berlebihan pada muka dan tubuh badan (misai, janggut dll)
  • jerawat di muka, dada dan belakang badan (macam bisul kecil)
  • kulit badan, keliling pinggang, payudara lembik mengeleber
  • berat badan berlebihan
  • nafsu makan tinggi/ cepat lapar
  • muntah/loya/mual
  • rase sengal di kiri dan kanan ovari
  • haid tidak teratur
  • belakang leher hitam dan pecah mcm selulit
  • keguguran rambut
  • keguguran janin
  • hormon progestron rendah
  • hormon tidak stabil
  • angin dalam badan
  • mudah lupa
  • kulit muka berminyak
  • kelumumur/gatal kulit kepala
  • diabetis/kencing manis


Kenapakah pesakit PCOS sukar hamil?


Ini disebabkan masalah ovulasi di kalangan pesakit PCOS. Tiap-tiap bulan, folikel kecil akan berkembang dan matang di dalam kilang telur, ovulasi akan berlaku apabila folikel itu matang dan dilepaskan ke dalam saluran peranakan. Akan tetapi apabila berlaku ketidakseimbangan hormon di dalam badan,contohnya hormon lelaki dan insulin yang berlebihan, ini akan menyebabkan gangguan pada perkembangan dan kematangan telur. Ovulasi tidak akan berlaku dan kitaran haid terganggu. Oleh itu, pesakit akan lebih sukar untuk hamil.

Amat penting bagi pesakit PCOS untuk mengamalkan diet yang seimbang untuk mengawal paras gula dalam darah dan menstabilkan hormon. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pesakit PCOS memerlukan makanan yang kaya dengan anti oksidan bagi mengatasi masalah hormon tidak stabil. 

Ingin tahu diet yang sesuai untuk atasi masalah PCOS?

sila rujuk link >>> Diet untuk PCOS

Saya juga salah seorang pesakit PCOS. Disahkan oleh doktor pada bulan ke 8 perkahwinan. Tanpa sebarang ubat dan rawatan, saya berjaya hamil pada tahun ke 4 perkahwinan. Apa yang saya amalkan hanyalah diet yang seimbang dan supplement Shaklee.


Alhamdulillah, semuanya dengan izin Allah s.wt. Yang penting jangan rasa tertekan atau rasa rendah diri dengan kekurangan diri. Teruskan ikhtiar dan yakin suatu hari nanti kita juga akan dikurniakan zuriat. 

Nasihat saya, sekiranya anda ingin mencuba set Shaklee, pastikan anda istiqamah lebih dari setahun. Shaklee hanyalah supplement, dan ianya mengambil masa untuk memperbaiki masalah dalam badan kita. Yang penting tiada kesan sampingan yang memudaratkan kesihatan.

Bagi anda yang ada masalah PCOS, dan ingin mendapatkan nasihat dari saya, boleh terus hubungi saya yer..

SMS / WHATSAPP ~ 019 - 729 1846


FACEBOOK  HAZWANI AZALI


C.O.D : Sungai Petani, Bertam, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Gurun

PosLaju : Seluruh Malaysia

Disclaimer: Segala testimoni atau penulisan yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnose atau menyembuh sesuatu penyakit. Pesakit yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat pakar kesihatan.

No comments:

Post a Comment