Sunday, 27 August 2017

Testimoni Set Kecantikan Shaklee



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini saya ingin berkongsi kepada anda testimoni Set Kecantikan Shaklee. Beliau adalah Faezatul yang mengalami masalah kulit berjerawat batu akibat tersilap pengambilan produk skincare. Jadi hati-hati yer dalam memilih produk skincare.

Gambar sebelum di ambil pada 25 Jun 2016.

Menurut cerita Faezatul, muka Faezatul berjerawat teruk. Jerawat yang besar-besar, merah dan bernanah ranum di dalam. part paling sedih bila jerawat tu boleh pecah bila-bila masa. Kadang-kadang tak sedar pun jerawat pecah. Tengok-tengok dah ada darah di telekung.

Gambar selepas pada 2 April 2017

Faezatul cuba ikhtiar dengan produk Shaklee bermula dengan Vitamin E Shaklee dan ESP Shaklee. Alhamdulillah 2 minggu pertama Faezatul dah rasa perubahan yang ketara pada kulitnya. Jerawat makin kecut, parut makin pudar. Menurut Faezatul, masa tu beliau betul-betul rasa yang dengan Shaklee.

Sebulan lepas tu, Faezatul ambil Vitamin C Shaklee, Vitamin B-Complex Shaklee, GLA Complex Shaklee dan Nutriwhite Cleanser untuk penjagaan luaran.

Pada November 2016, Faezatul mengambil Alfalfa Complex. Alfalfa Complex sangat bagus untuk diamalkan kerana ia membantu badan kita untuk menyingkirkan toksin dalam badan yang menjadi salah satu punca kulit kita berjerawat. 

Selepas mengambil Alfalfa complex Shaklee, Faezatul makin teruja melihat perubahan kulitnya yang makin lembut, bebas jerawat dan parut jerawat.

Disebabkan trauma dengan product skincare, sehingga kini Faezatul tidak memakai apa-apa product skincare.

Sekiranya anda mengalami masalah seperti Faezatul boleh la ikhtiar dengan produk Shaklee. Ianya dijamin selamat dan Halal. Anda pasti tidak menyesal.


Jika anda ingin mengetahui harga produk Shaklee, boleh KLIK DI SINI


Anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee? Dapatkan dari saya. Pengedar Shaklee anda!


SMS / WHATSAPP ~ 019 - 729 1846


FACEBOOK  HAZWANI AZALI


C.O.D : Sungai Petani, Bertam, Permatang Pauh, Seberang Jaya

PosLaju : Seluruh Malaysia

Disclaimer: Segala testimoni atau penulisan yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk mencegah, merawat, mendiagnose atau menyembuh sesuatu penyakit. Pesakit yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapatkan nasihat pakar kesihatan.










Sunday, 20 August 2017

7 Tip Mudah Turunkan Berat Badan

Kini masalah obesiti atau kegemukan adalah isu kesihatan yang utama di Malaysia. Ia bukan sekadar isu penampilan luaran tetapi yang paling utama, ia meningkatkan risiko kesihatan kerana obesiti berkaitan dengan pelbagai penyakit kronik seperti

  • diabetes 
  • darah tinggi 
  • kanser 
  • sakit jantung koronari 
  • strok dan sebagainya. 
Di sini saya senaraikan beberapa tip mudah yang telah dikongsikan oleh Dr Norman Mohd Norawi bagi membantu menurunkan berat badan dengan cara yang lebih sihat. 


1. Serat @ Fiber

Makan makanan yang mengandungi serat atau fiber yang tinggi seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, roti berserat penuh (wholemeal), chia seed, ubi kayu, keledek, oat dan sebagainya.

Karbohidrat dengan serat tinggi mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah. Ia akan mengawal paras insulin darah dan mengurangkan pengumpulan lemak dalam sel-sel lemak.

Ia juga membantu membakar lebihan lemak dalam sel-sel lemak anda. Jika anda masih suka makan nasi putih, pastikan anda mengambil jumlah sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan lebih banyak. Serat yang tinggi dalam pemakanan membantu menurunkan berat badan dan mengelakkan masalah sembelit.

2. Lemak Sihat

Ambillah lemak sihat seperti
  • minyak zaitun, 
  • minyak kelapa dara,
  • minyak kelapa sawit merah,
  • minyak ikan. 
Buah avokado juga mempunyai lemak yang sihat. Elakkan daripada mengambil lemak tidak sihat yang mengandungi asid lemak trans seperti marjerin dan krimer yang banyak terdapat dalam makanan proses. 

Kajian menunjukkan pengambilan lemak sihat dapat membantu membakar lemak dalam tubuh badan kita. 

Pengambilan cuka buah juga boleh membantu menurunkan berat badan seperti cuka epal sider, cuka buah tin dan cuka kurma. Satu sudu cuka perlu diambil dengan segelas air untuk mengurangkan rasa masam dan rasa pedih pada perut. 

3. Protein

Ambil lebih protein dalam pemakanan seharian. Makanan tinggi protein terdiri daripada 
  • ikan,
  • tauhu, 
  • tempe, 
  • telur, 
  • daging, 
  • udang,
  • sotong,
  • kekacang. 
Susu dan makanan berasaskan soya juga merupakan sumber protein yang baik. Dengan mengambil lebih protein, kita perlu mengurangkan jumlah karbohidrat sekali gus membantu membakar lemak lebih banyak.

Walau bagaimanapun, pastikan jumlah protein tidak terlalu tinggi iaitu dalam jumlah 1-1.5% daripada berat badan anda. Jika berat badan anda adalah 70kg, maka jumlah protein dalam sehari adalah dalam lingkungan 70 gram hingga 90 gram sehari sahaja.

4. Makanan Ringan

Elakkan mengambil makanan ringan (junk food)  seperti mi segera, keropok, kerepek, biskut, kek, pastri, jajan, dan sebagainya. Ini kerana makanan ringan seperti ini tidak mengandungi zat pemakanan yang lengkap dan hanya mengandungi karbohidrat dengan kalori berlebihan, di samping memiliki pelbagai pengawet dan perasa tiruan yang berbahaya untuk kesihatan.

5. Makanan Tambahan @ Suplemen

Amalkan pengambilan suplemen seperti multivitamin, vitamin C, vitamin E, antioksidan, omega-3, mineral kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium dan lain-lain. Ini membantu mengekalkan sistem metabolism tubuh ke tahap yang optimum.

Banyak kajian telah membuktikan pengambilan suplemen seperti omega-3 boleh menurunkan berat badan.

Baca: Bagaimana Omega-3 Membantu Menurunkan Berat Badan

6. Air Kosong @ Air Mineral

Banyakkan minum air kosong atau air mineral kerana ia membantu membakar kalori berlebihan dalam badan. Malah minuman seperti ini berkalori kosong dan memerlukan kalori untuk diproses dalam tubuh manusia. Kesannya akan menjadikan air sebagai "negatif kalori".

Sentiasalah minum air kosong dan amalkan lapan gelas air kosong dalam sehari. Elakkan minuman manis dan berkarbonat kerana gula dalam minuman mempunyai kalori yang tinggi dan indeks glisemik yang tinggi.

7. Waktu Makan

Jangan sesekali meninggalkan waktu makan. Makanlah sarapan pagi, tengahari dan malam. Pastikan mengambil menu makanan yang sihat mengikut kaedah pinggan sihat iaitu suku pinggan nasi, suku lauk dan setengah pinggan adalah sayur-sayuran, buah-buahan dan ulam-ulaman.

Jangan berlapar dan meninggalkan makan di waktu makan. Pastikan setiap makanan atau menu yang anda ambil mengandungi gizi yang seimbang iaitu lengkap dengan karbohidrat, lemak, protein, serat dan air.

Mudah-mudahan dengan tip-tip yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat membantu anda memiliki berat badan yang ideal.

Tuesday, 23 May 2017

8 Tips Atasi Masalah Kulit Kering


Kulit yang cantik memang menjadi idaman semua orang terutamanya wanita. Pastinya kita ingin kelihatan cantik dan berseri di khalayak ramai. Kulit bermasalah seperti kulit kering, mengelupas, kusam dan berjerawat menyebabkan kita akan berasa rasa diri apabila berada di khalayak ramai.

Dehidrasi adalah salah satu punca berlakunya masalah kulit. Penjagaan luar dan dalam diperlukan bagi mengatasi masalah dehidrasi.

Berikut adalah beberapa tip bagi mengatasi masalah dehidrasi.

1. Air

Minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Jika cuaca panas, kita digalakkan mengambil lebih dari itu. Sekiranya badan kita kekurangan air, tubuh kita akan mengalami dehidrasi.

Pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi juga boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, kita digalakkan mengurangkan pengambilan minuman berkafein pada cuaca panas.

2. Makanan Berserat

Lebihkan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan makanan yang berkanji, makanan yang terlalu manis, makanan ringan, dan makanan bergoreng secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

3. Alkohol dan Rokok

Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.


Baca: Tips Awet Muda


4. Penghawa  Dingin

Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

5. Cuci Muka

Cuci muka anda dengan pencuci yang bersesuaian dengan kulit anda dua kali sehari. Jika anda mencuci muka terlalu kerap, kulit muka anda akan menyebabkan kulit anda bertambah kering.

6. Analisa Jenis Kulit

Anda prlu mengetahui jenis masalah kulit anda sama ada kulit jenis berminyak kering atau pun normal. Ini akan membantu anda memilih produk penjagaan dan solekan yang betul. Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian dengan kulit anda.

7. Tidur Yang Cukup

Cuba dapatkan tidur yang cukup pada waktu malam. Bagi orang dewasa, tidur yang cukup adalah antara 6 hingga 8 jam sehari. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

8. Keringkan Muka

Tekapkan kulit muka menggunakan tuala yang kering dan bersih secara perlahan-lahan apabila sudah selesai membersihkan wajah. Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.


Baca: Tips Atasi Masalah Kulit Berminyak 





Saturday, 22 April 2017

Dr. Hamid Arshat - Punca-Punca Kitaran Haid Tidak Teratur

Dr Hamid Arshat

Dalam hidup seseorang wanita, tidak datang haid atau kelambatan datang haid pada waktu atau tarikh yang biasa keluar haid memang berlaku. Reaksi pertama bagi wanita yang berkahwin dan yang memang mengharap untuk hamil adalah 'Adakah aku hamil?'

1. Kehamilan.

Memang benar kehamilan adalah sebab utama tidak datang haid. Oleh itu langkah pertama ialah buat ujian kehamilan dengan menggunakan alat ujian UPT yang bolih dibeli dimana-mana kedai farmasi. Air kencing pertama ketika baru bangun dari tidur perlu diambil dan diuji bila haid sudah lambat 5 hari atau lebih. Malah ada yang boleh sahkan kehamilan dengan ujian UPT lebih awal lagi. Ujian ultrsound scan bolih kesan karung kandungan bila haid sudah lewat seminggu.


Ultrasound

Buat pemeriksaan ultrasound; sebaiknya vaginal scan (TVS) untuk beberapa tujuan iaitu
  • Mengesahkan kehamilan
  • Untuk kesan jantung bayi dan 
  • Untuk menentukan kandungan dalam rahim bukan diluar (ectopic).


2. Gangguan hormon.

Gangguan hormon boleh juga menyebabkan lambat datang haid. Di antara punca eseorang wanita itu mengalami gangguan hormon adalah disebabkan stress.

Stress ini mungkin disebabkan masalah di tempat kerja, kawan-kawan, ahli keluarga, pasangan, ketika memandu kereta di jalan raya, dan sebagainya. Hormon stress boleh mengganggu hormon subur yang mengawal kitaran haid dan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur.

Baca: Langkah mudah mengatasi stress atau tekanan

3. Berat badan berlebihan

Gangguan hormon juga boleh berpunca dari peningkatan berat badan secara mendadak. Ramai wanita cepat naik berat badan sejurus mereka kahwin. Apabila sudah ada teman, makan pun lebih berselera dan tidak boleh dikawal.




Makanan segera dan makanan ringan yang sangat popular sekarang juga boleh mengganggu hormon wanita kerana makanan-makanan tersebut mengadungi banyak bahan pengawet, perisa dan pemanis. Kebanyakan makanan-makanan tersebut juga mengandungi banyak karbohidrat dan gula yang mudah menyebabkan masalah kegemukkan dan obesiti.

Jauhi makanan-makanan tersebut jika anda ingin hamil dan gantikan dengan makan lebih banyak buah-buhan dan sayur-sayuran.

4. Perimenopause

Lambat datang haid juga mungkin disebabkan gangguan haid dalam umur 40an iaitu sekitar umur 'perimenopause' atau putus haid. Bila sampai umur demikian wanita sering tidak subur dan telur tidak menetas atau ovulasi. Tiada ovulasi bererti tiada pengeluaran hormon progesterone dan kaedaan ini mengganggu imbangan hormon yang boleh menyebabakan berbagai jenis gangguan haid termasuk lambat datang haid.

Baca: Gejala menopause dan perimenopause

5. Polycystic ovary syndrome.

Apa yang ditakuti dalam hal ini ialah kelambatan datang haid yang disebabkan oleh penyakit. Penyakit yang paling sering berlaku adalah 'Polcystic Ovary Syndrome' atau PCOS yang sering juga menyebabkan kemandulan. Follikular cyst iaitu karung telur yang tidak pecah waktu ovulasi (hari ke14-15) juga boleh menyebabkan tidak datang haid, tapi cyst ini akan pecah dengan sendir bila sampai saiz 5 cm atau lebih dan kandungan cyst iaitu air akan diserap badan.

Baca: Apa itu PCOS dan bagaimana mengatasi PCOS?

6. Penyusuan (breast feeding)

Apabila menyusukan bayi perubahan dalam kandungan hormon berlaku. Hormon susu digelar prolactin meningkat dan ini menyebabkan gangguan dalam kawalan dan putaran haid. Kesannya tiada datang atau jarang datang haid.




Ketika menyusukan bayi kesuburan seseorang wanita juga terganggu, sekaligus dapat mencegah kehamilan berlaku. Tapi ada juga yang terus hamil tanpa disedari.

7. Berbagai penyakit.

Lain-lain penyakit termasuklah tumbuhan kanser ovari juga menjadi punca berlakunya masalah kitaran haid tidak teratur. Oleh itu sangat penting wanita yang kelewatan atau tidak datang haid untuk buat ultrasound scanning - melalui perut atau vagina untuk mengesan cyst atau tumbuhan yang merbahaya.



Credit: FB Dr Hamid Arsyat

Wednesday, 19 April 2017

Perbezaan Kontraksi Sebenar Dengan Braxton Hicks


Apabila memasuki pertengahan kehamilan, adakalanya kita mungkin sedar akan otot-otot uterus yang mengetat dalam jangka masa 30 hingga 60 saat. Tidak semua ibu hamil merasainya, dan kebiasaannya kontraksi ini tidak menyakitkan.

Nama kontraksi ini didapati daripada seorang doktor Inggeris yang bernama John Braxton Hicks pada tahun 1872, iaitu orang pertama yang menerangkan kejadian ini.

Terdapat pelbagai pendapat tentang berlakunya kontraksi ini dan apa tujuannya yang sebenar. Sesetengah pakar percaya ia memainkan peranan penting bagi serviks bersedia untuk melalui proses kelahiran (juga dipanggil "tunggu waktu matang").

Perbezaan Kontraksi Sebenar Dengan Kontraksi Braxton Hicks.

Kebanyakan ibu hamil buat kali pertama tidak dapat mengenalpasti kontraksi Braxton Hicks dengan kontraksi sebenar.

Kontraksi sebenar memang ketara lamanya dan lebih kerap serta lebih sakit berbanding kontraksi Braxton Hicks. Selain itu sakit kontraksi sebenar lebih mendesak, lebih kerap dan kekuatannya bertambah selari dengan masa.

Manakala bagi kontraksi Braxton Hicks pula ia datang sekali sekala, selalunya tidak dapat dijangka dan tidak berirama.

Sekiranya kontraksi kita menjadi lebih panjang, lebih kuat, lebih tetap dan lebih kerap, mungkin proses untuk kita melahirkan anak sudah bermula.

Doktor dan jururawat mungkin sudah memberitahu kita tentang apa yang perlu dilakukan pada tahap ini. Walau bagaimanapun sekiranya ada sebarang keraguan adalah lebih baik kita menghubungi mereka atau terus ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Baca: Tanda-tanda Anda Hendak Bersalin 

Sunday, 16 April 2017

Tanda-tanda hendak bersalin

Tanda-tanda hendak bersalin

Bagaimana saya tahu saya berada dalam proses pelahiran?

Soalan di atas adalah soalan yang sering bermain di minda ibu yang sedang hamil.

Tanda-tanda hendak bersalin bagi setiap ibu hamil adalah berbeza. Walaupun seorang ibu hamil itu telah melalui beberapa kelahiran sebelum ini, tanda-tanda bahawa dia akan melahirkan anak tetap berbeza.

Tanda-tanda Awal Ibu Menghampiri Proses Pelahiran 

  • Berasa ringan (apabila kepala bayi mula jatuh ke dalam posisi di dalam pelvis), kita mungkin sedar kita dapat bernafas lebih dalam dan makan lebih banyak, tetapi kita juga lebih kerap membuang air kecil. 
  • Lelehan faraj menjadi banyak dan penuh dengan mukus. 
  • Kontraksi Braxton Hicks menjadi lebih kerap dan lebih sakit. 
  • Muntah dan cirit-birit.
  • Sakit berterusan pada bahagian bawah belakang atau abdominal, selalunya disertai rasa kejang seperti di awal kedatangan haid. 
  • Keluar darah (keperangan atau lelehan mukus dengan sedikit warna darah). 
  • Sakit kontraksi yang kerap dan makin kurang selang masa, dan lebih panjang serta bertambah sakit. 
  • Air ketuban pecah. Kita hanya dalam proses pelahiran apabila disertai dengan kontraksi yang mengembangkan serviks. 


Bagaimana kita akan rasa pada proses pelahiran bergantung sama ada kita pernah bersalin sebelum ini, bagaimana kita menganggapnya dan memberi tindak balas kepada kesakitan, dan bagaimana kita bersedia menghadapi kesakitan dalam pelahiran ini. 

Apa yang kita lakukan apabila berada pada awal pelahiran bergantung pada bila masa ia terjadi, apa yang kita suka lakukan dan bagaimana kita rasa. 

Kekal tenang dan relaks akan membantu proses bersalin dan juga membantu kita melalui kontraksi dengan jayanya. Jadi buat apa yang kita suka supaya dapat membantu kita kekal relaks. 

Cuba relaks

Berehat bukan bermaksud untuk baring dan tidur sahaja. Tetapi ia boleh membawa maksud menonton filem kegemaran, membaca, atau meminta kawan atau saudara datang dan menemani kita beberapa jam.

Wanita berendam

Kita boleh selang seli antara berjalan dan berehat atau cuba berendam atau mandi air suam bagi melegakan sebarang rasa lenguh dan sakit. 

Tuesday, 11 April 2017

Cara Atasi Masalah Anemia Semasa Hamil

Anaemia Semasa Hamil

Apabila kita disahkan hamil, terdapat beberapa jenis ujian saringan kesihatan yang perlu kita lalui. Antaranya ujian darah. Ujian darah dilakukan bagi memastikan keadaan darah kita sama ada sel darah merah, sel darah putih dan platelets berada pada paras yang normal.

Anda disahkan menghadapi anaemia apabila keputusan ujian darah menunjukkan tahap hemoglobin anda kurang daripada 11.0 gm/dl.

Semasa hamil kita memerlukan 30mg zat besi setiap hari untuk mengekalkan kesihatan bayi dan diri. Sekiranya zat besi tidak mencukupi untuk diri dan bayi, kita mungkin akan mengalami kekurangan zat besi dan seterusnya mengalami anemia.

Satu dalam setiap lima wanita hamil mempunyai masalah anemia semasa hamil. 

Punca Anemia Semasa Hamil

Wanita yang diet pemakanannya kurang mengandungi zat besi mudah mendapat anemia. Kita juga lebih mudah mendapat anemia semasa hamil apabila bekalan zat besi dalam badan berkurangan secara mendadak.

Antara sebab badan kita kekurangan zat besi disebabkan oleh kehamilan yang rapat dengan yang sebelumnya atau kita mengalami haid yang banyak sebelum hamil.

Sekiranya kita mengandung bayi kembar, keperluan zat besi daripada setiap satu bayi juga bertambah. Ini menyebabkan risiko untuk kita mendapat anemia juga meningkat.

Tanda-tanda Anaemia
  1. Cepat letih 
  2. Rasa mual 
  3. Sakit kepala 
  4. Kelopak mata pucat 
  5. Hujung jari pucat
  6. Sesak nafas 
  7. Rasa berdebar-debar
  8. Wajah pucat
  9. Rambut gugur 
  10. Mudah jatuh sakit 


Bagi mengatasi masalah anaemia, kita perlu makan lebih banyak sumber makan yang kaya dengan zat besi. Antaranya sayur-sayuran hijau, daging merah tanpa lemak, kismis, prun kekacang dan telur. 




Selain itu, pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin c juga penting. Ini kerana vitamin c membantu badan anda menyerap zat besi dalam pemakanan. Cuba minum lebih banyak jus oren atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin c semasa makan makanan yang kaya dengan zat besi.

Baca: Pemakanan Sihat Bagi Wanita Hamil 

Teh dan kopi membuatkan badan kita sukar menyerap zat besi. Oleh itu, lebih baik elakkan minum kopi dan teh sepanjang kehamilan. 

Pengambilan supplement antenatal seperti Set Kehamilan Shaklee juga membantu meningkatkan paras hemoglobin.